Situasi Semasa Influenza A (H1N1) 19 April 2010

h1n1, h1n1 malaysia, influenza A malaysia

Sehingga jam 8:00 pagi pada 19 April 2010, Kementerian menerima hanya satu laporan kejadian kluster ILI. Kejadian kluster tersebut berlaku di SMK Bukit Sentosa 2, Bukit Sentosa Rawang, Selangor melibatkan dua orang pelajar. Seorang diberi rawatan sebagai pesakit luar manakala seorang lagi dimasukkan ke wad. Kedua-duanya diberi rawatan antiviral.  Kementerian masih menunggu keputusan sampel tekak yang diambil.

Sementara itu, sehingga jam 5:30 petang 18 April 2010, sejumlah 31 kes disahkan Influenza A(H1N1) dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul kes adalah 13,158. Jumlah kes ILI yang masih dirawat di dalam wad di seluruh negara adalah sebanyak 550 kes. Daripada jumlah tersebut, 66 kes (12.0%) telah disahkan positif influenza A(H1N1). Terdapat dua (2) kemasukan baru ke Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala seorang telah didiscaj menjadikan bilangan dirawat di ICU sebanyak 13 kes di mana sepuluh (10) daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko.

Merujuk kepada kematian H1N1 melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun di Hospital Sibu, Sarawak yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina semalam, Kementerian ingin menjelaskan hasil dari laporan perubatan dan perbincangan pakar-pakar dari Hospital Sungai Buloh, Hospital Seremban dan Hospital Kuching, kematian dikategorikan sebagai kategori 2 iaitu, bukan disebabkan oleh H1N1 secara langsung tetapi oleh komplikasi jangkitan bakteria dalam paru-paru dan darah (“pneumococcal pneumonia and sepsis with underlying H1N1 infection”).

Kementerian Kesihatan ingin terus mengingatkan masyarakat bahawa penularan jangkitan Influenza A(H1N1) terus aktif di dalam komuniti.  Masyarakat  perlu sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah dihebahkan sebelum ini. Orang awam yang mempunyai faktor risiko seperti ibu hamil, menghidapi penyakit kronik seperti asma, diabetes, buah pinggang, jantung dan lain-lain, harus segera mendapatkan pelalian vaksin A(H1N1) di 104 fasiliti Kementerian seluruh negara. Hasil pemantauan pemberian vaksinasi oleh Kementerian Kesihatan mendapati vaksin ini adalah selamat tanpa sebarang kesan sampingan yang serius.

Maklumat lanjut berkenaan influenza A(H1N1) boleh didapati dengan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300.

Sekian dan terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 19 April 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s